top of page
LogoAPRAI-01-01.jpg
KPN_HITAM.png
MITRA (1) (1).png
weststar aviation.png
was_thumb5_edited.jpg

Peluang Kerjaya
Bidang Penyenggaraan
Kapal Terbang & Helikopter

Program Juruteknik
Penyenggaraan Pesawat Berlesen 

 

Licensed Aircraft Maintenance Technicians Program (LAMT)
CAAM Part 66 Category A1/A3

Program Juruteknik Penyenggaraan Pesawat Berlesen, adalah satu inisiatif MITRA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat India.

 

Bagi melaksanakan inisiatif pendidikan ini, MITRA telah bekerjasama dengan Weststar Aviation Services, yang merupakan syarikat pengendali helikopter terbesar di Malaysia, untuk menawarkan peluang kerjaya dalam bidang penyenggaraan pesawat kepada 100 orang belia dari komuniti masyarakat India.

 

Weststar Aviation Services telah melantik APR-Aviation Training Centre, sebuah pusat latihan penyenggaraan pesawat di bawah pentauliahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia) sebagai penyedia latihan untuk menjalankan program ini. 

Pelajar yang terpilih akan mengikuti program selama 22 bulan, termasuk sesi latihan-sambil-kerja (On-the-Job Training) dengan pesawat.  Di akhir program ini, pelajar akan ditauliahkan dengan Lesen Juruteknik Pesawat (CAAM Part 66 Category A1/A3) , satu kelayakan profesional untuk memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat Berlesen di Weststar Aviation Services.

Yuran program ini ditaja oleh MITRA.

APR%20Students%20Library%202_edited.jpg
ASRP%204_edited.jpg

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia berbangsa India

  • Umur 18 - 26 tahun

  • SPM - minimum gred C subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik/Sains, atau mempunyai Diploma dalam bidang teknikal.

  • Sihat fizikal, mental dan tidak rabun warna.

  • Terdiri daripada golongan B40 (Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850.00 sebulan) atau M40 (Pendapatan isi rumah dari RM 4,851.00 - RM 10,970.00 sebulan)

  • Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.

Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi taklimat, ujian penilaian dan sesi temuduga.

Mengenai Program

TEMPOH LATIHAN

22 bulan

(termasuk 12 bulan Latihan-Sambil Kerja/On-the-Job Training di Weststar Aviation Services atau di syarikat-syarikat penyenggaraan pesawat lain)

LOKASI LATIHAN

APR-Aviation Training Centre (Subang, Selangor) dan

Weststar Aviation Services

(Kerteh/Kota Bharu/Kota Kinabalu) atau di syarikat-syarikat penyenggaraan pesawat yang lain

PENSIJILAN

Lesen Juruteknik Penyenggaraan Pesawat

CAAM Part 66 Kategori A1/A3

Soalan-Soalan Lazim

Permohonan

Permohonan dibuka untuk kemasukan 2024

APR Logo Vector.png

APR-AVIATION TRAINING CENTRE

APR-Aviation Training Centre Sdn Bhd (708109-K)

No. 22, Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3

Taman Subang Perdana, 40150

Shah Alam, Selangor

MALAYSIA.

03-7845 0133 / 0136

016-362 8908

Copyright 2023 APR-Aviation Training Centre. All rights reserved.

bottom of page